Resepi Telur Bistik Mudah



Bahan Bahan yang diperlukan :

Telur Dadar [ 3 / 4  biji telur ]
  • Ok untuk telur dadar , aku suggest korang masak telur dadar ni terlebih dahulu lepastu biaq tepi , better korang masak 3 layer telur dadar bagi tekstur telur bistik korang akan tebal dan gebu takdela terlalu nipis nanti okay
Sos Bistik
  • Ayam / Daging [ dipotong kecil atau dadu]
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1/2 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • sayur campuran [ carrot , kobis bunga dan sbgainya]
  • gula dan garam secukup rasa
  • Air masak [ satu cawan ]
  • Beberapa cili [ Jika anda mahu]
Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dalam kuali anda , masukkan bawang merah , bawang putih dan cili biaq dulu sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam tadi goreng dulu bersama bahan step 1 sehingga separuh masak
  3. Masukkan 3 sudu sos cili seterusnya masukkan air masak [ Jika anda nak sosnya pekat kurangkan kuantiti air dan jika nak cair sikit lebihkan air]
  4. Masukkan 2 sudu sos tomato , masukkan juga 1 sudu sos tiram kemudian masukkan sayur campuran
  5. Tunggu sehingga masakan mendidih sementara itu kacau hingga sebati
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa
Okay siap dah telur bistik kita , mcm mana resepi tadi mudah kan ? ha kalian jangan lupa share di media sosial kongsikan resepi ini kepada rakan rakan anda okay

Media social

Comments

Popular Posts