Resepi Kari Pekat Sembilang


Assalamualaikum...

RESEPI KARI PEKAT SEMBILANG

Bahan bahan:

•ikan sembilang -disiang dan dibasuh bersama air limau kasturi /asam jawa

•bawang merah *dihiris

•bawang putih *dihiris

•halia *dihiris

•bunga lawang

•kayu manis

•rempah kari "Adabi" - 2 peket

•rempah kari "babas" - 1 peket

• 1 kotak santan - 250 gm (kotak kecil)

•kacang bendi

•air

•air asam jawa

•garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara cara:

Step 1:

Panaskan minyak dan masukkan bahan hirisan ,bunga lawang , kayu manis sehingga kekuningan dan naik bau aroma

Step 2:

Bancuh kedua dua serbuk kari dgn sedikit air serta air asam jawa

Step 3:

Masukkan bancuhan kari ke dalam bahan tulisan tadi dan kacau sehingga pecah minyak

*api perlahan

Step 4:

Masukkan separuh santan bersama sedikit air ( air jgn banyk sgt )

Step 5:

Apabila telah mendidih, masukkan ikan sembilang serta kacang bendi

*kacau perlahan

Step 6:

Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya

Step 7:

Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit lagi santan pekat

*kacau perlahan sehingga naik bau

Step 8:

Matikan api dan sedia untuk dihidang


Siap !!! Mudah kan?

SELAMAT MENCUBA😊😊


media social:

Comment dan share



Comments

Popular Posts