Resepi Pizza Mudah Dan Jimat Masa


Assalamualaikum...

Entry kali ni saya nk share resepi membuat pizza yang simple , sedap , dan dapat mengeyangkan perut yang tengah lapar..
. sangat murah dan sedap !!😋 hehe kot kot ada yang lapar tengah malam atau buntu nak masak apa harini untuk anak2 dan suami ... Hanya 6 step sahaja

So let's start 👇

Bahan bahan membuat pizza:

•doh pizza (boleh dapatkan di kedai "bagus" ataupun ada juga dijual di kedai2 bakery)

•sosej *dipotong kecil

•nenas*dipotong kecil

•cheese mozarela *dipotong kecil ataupun siapa yg nk save bajet tu cheese keping pun boleh

•KIMBALL sos spageti tomato

•cendawan di dalam tin *dipotong kecil

•sedikit minyak (mengikut saiz dulang oven yang digunakan)

•dan bahan topping yg lain daging , isi ketam ,  dan sebagainya * dipotong kecil (mengikut citarasa anda)

Ok jom start☺

Step 1:

Sapukan sedikit minyak pada dulang oven supaya doh tidak melekat

Step 2:

Sediakan doh  dan letak di atas dulang oven yg disapu minyak tadi

Step 3:

Sapukan sos spageti tomato dengan sebati di atas doh pizza

Step 4:

Letakkan cheese keping / serpihan cheese mozarela di atas lapisan sapuan sos tomato

Step 5:

Sediakan bahan topping seperti sosej , cendawan , isi ketam , nenas yg sudah dipotong kecil ...Letakkan di atas lapisan cheese

Step 6:

Pizza yg sudah siap bolehlah dibakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit
Suhu mengikut saiz oven yang digunakan
P/s kalau oven elektrik yg bersaiz kecil ; 210'C.. Kalau guna oven yg bersaiz besar lebih kurang 110;C

Finally pizza simple dan sedap siap untuk dihidangkan ! Selamat mencuba ☺🍕

Media Social


Comments

Popular Posts