Resepi Chicken Chop


Bahan Bahan :


  • 1 ekor ayam [ diambil bahagian peha dan dada]
  • 1 biji telur
  • 1 biji tomato
  • 1 helai daun salad [ kalau tak nak pun tak apa 😃 ]
  • sedikit daun pasli
  • sedikit lada sulah
  • 20 gm potato chip digoreng
  • 20 keping biskut tawar dikisar halus
  • sedikit tepung ubi [ untuk disapu pada ayam ]
Bahan Untuk Sos

  • 1 biji lada sulah 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos lea dan perrin
  • 2 ulas bawang putih [ dicincang halus ]
Cara memasak

  1. Gaulkan ayam bersama lada sulah , Lea dan perrin
  2. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi
  3. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam
  4. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar  pada ayam
  5. Goreng ayam hingga kekuningan
  6. Untuk sosnya pula satukan kesemua bahan sosmke dalam periuk. Kacau rata sehingga mendidih
  7. Masak selama satu minit
  8. Sedia dihidangkan bersama ayam
Siap , juadah sedia dihidang , selamat mencuba 😃

Social media


Comments

Popular Posts